Tuesday, October 18, 2011

Panduan mengunakan Emel Yahoo

Assalamualaikum w.w.

Semalam telah diadakan kursus penggunakan emel yahoo kepada kakitangan di Bilik Mesyuarat JPV Negeri. Peserta teleh didedahkan dengan konsep mudah menggunakan emel yahoo dan gmail. Walaupun fasilitis yang kurang memuaskan sebahagian peserta telah dapat menerima sedikit sebanyak maklumat yang boleh digunakan di tempat bertugas masing-masing.

Peserta didedahkan Panduan menggunakan emel yahoo dan gmail. Dalam tempoh yang singkat sahaja peserta mampu mengunakan emel untuk berinteraksi.

Diharapkan kursus pendek seperti ini akan terus diadakan.Selamat berjaya.

Monday, June 13, 2011

Hari Keluarga JPV Terengganu

Salam,

Huh....bukan main lama tidak update blog ni. Nak buat macam mana dah teramat sibuklah agaknya tu.

Oh ya.... Tahun ini sekali lagi dikhabarkan Hari Keluarga JPV Terengganu akan diadakan di Taman Pertanian Negeri, Sekayu. Jom...warga JPV seluroh negeri datanglah ramai-ramai memeriahkan hari yang penuh kemeriahan ini dengan membawa sekali semua ahli keluarga dan bersantai beramai-ramai di Hutan Lipur Sekayu iaitu antara tempat menarik di Negeri Terengganu.

Saya abadikan beberapa tempat menarik di kawasan perkelahan tersebut untuk tatapan tuan puan.


Wednesday, January 5, 2011

Bantuan Pawah Tahunan

Salam,

Dalam usaha mempastikan populasi ternakan dapat ditambah disamping mewujudkan penternak yang berjaya, JPV Hulu Terengganu telah memberi penekanan sesuai dengan misi jabatan yang ingin mewujudkan seberapa ramai usahawan ternak.

Kini Daerah ini telah pun wujud beberapa penternak yang berjaya dalam bidang ini dan telah mampu mendapat pendapatan lumayan. Siapa sangka rumput boleh dijadikan sumber pendapatan. Itulah realitinya. Dengan hanya menanam rumput napier, seorang penternak di sini telah mendapat pulangan ribuan ringgit.

Dengan hasrat ini, JPV Hulu Terengganu telah mengeluarkan bantuan dibawah Pelan Jaminan Makanan Untuk Ternakan Lembu dan Kambing serta Bantuan Ternakan Kambing dibawah Bantuan Micro dan Kaprima. Kesemua bantuan ternakan Pawah ini dijangka akan menjana pendapatan tambahan kepada penternak.

Insya Allah pada tahun ini, penternak yang memerlu sokongan akan terus dibantu.

Sekian.
Admin.

Selamat Tahun Baru

Salam,

Tahun 2010 pergi meninggalkan kita. Kini Tahun 2011 datang dengan membawa seribu pengharapan buat seluroh penternak. Sudah semestinya kedatangan tahun yang baru memberi kekuatan baru kepada semua warga penternak. JPV Hulu Terengganu juga turut sama dalam memberikan perkhidmatan kepada penternak bersedia memberikan iltizam yang sebaik mungkin khususnya kepada para penternak dai daerah ini.

Tahun 2010 juga telah menyemarakkan industri perusahaan walit bila mana pembinaan RBW begitu banyak tumbuh macam cendawan. Agrobank yang turut sama memberikan pinjaman kepada pengusaha walit telah memainkan peranan yang cukup besar dalam membangunkan industri ini. Segalanya telah dimanafaatkan sepenuhnya oleh pengusaha.

Diperingkat jabatan, galakan dan dorongan akan diterusnya supaya industri ini akan terus berkembang maju sesuai dengan lokasi di daerah ini yang menjadi tumpuan burung walit.

Sebagai coretan tahun baru, admin berharap ianya akan sedikit sebanyak memberi rangsangan tambahan kepada admin untuk terus mencoret dalam blog ini bagi tatapan semua.

Sekian,

Thursday, May 13, 2010

Seminar Potensi Penternakan Burung Walit

Assalamualaikum w.w.

Alhamdulillah. Satu seminar yang bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan Potensi Penternakan Burung Walit berjaya diadakan pada 13 Mei 2010 bertempat di Dewan Seminar, Perpustakaan Awam Hulu Terengganu yang di rasmikan oleh YB TUan Haji Mohd Nor bin Othman. Ahli panel seminar merupakan pengusaha yang telah berjaya membudidaya burung walit iaitu Encik Wan Mohd Nasir bin Wan Ariffin dan Ustaz Abd. Ghani bin Sulaiman. Turut memberikan tip-tip yang penting ialah Dr Azizol bin MOhd Sharom, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Para peserta terdiri dari Ahli Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Hulu Terengganu, JKKK terpilih serta orang persaorangan yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri burung walit ini.


YB Tuan Haji Mohd Nor bin Othman menampaikan ucapan perasmian.



Encik Wan Mohd Nasir bin Wan Ariffin membentangkan kertas kerja.


Ustaz Abd Ghani bin Sulaiman, ketika membentangkan kertas kerja.


Dr Azizol bin Mohd Sharom, sedang membentangkan kertas kerja.
Related Posts with Thumbnails