Monday, April 28, 2008

Program CIDR dan Bleeding

Program CIDR dan Bleeding merupakan satu program bagi memastikan hasil ternakan yang diusahakan penternak mendapat pulangan yang baik. Dengan kaedah Pembiakan dan Pembakaan yang tersusun dan diselaras dengan usaha pencegahan penyakit Brucellosis dan Q Fever melalui mengambilan sampel darah memberikan penternak pendekatan menternak yang baik. Untuk tujuan itu pada 27 April lalu Program ini telah diadakan di Ladang Mamat bin Ali Felcra Bukit Kapah. Program ini dibantu oleh Unit Kesihatan serta Pembiakan dan Pembakaan Ibu Pejabat Kuala Terengganu.

Wednesday, April 9, 2008

Program Bicara Tani

Penternak, Petani dan Peladang yang berminat bagi mengembangkan perusahaan masing-masing digalakkan hadir ke program ini yang akan diadakan pada :

Tarikh : 20 April 2008
Masa : 9.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu

Tuesday, April 1, 2008

Rekod Hasil Kerja Harian

Pastikan semua kakitangan JPH Hulu Terengganu dapat menghantar borang Output Rekod Hasil Kerja Harian sebelum 5hb pada setiap bulan.

Kursus 2008

Kursus ternakan akan di buat di pusat-pusat latihan di seluroh Malaysia.
Termpat kursus akan diadakan di

  1. Institut Haiwan Kluang, Johor
  2. Institut Pengurusan Pengurusan Veterinar Ceras
  3. Pusat Latihan Veterinar, Cermin Kiri, Terengganu
  4. Institut Teknologi Unggas, Alor Gajah, Melaka.
  5. Institut Kemajuan Ternakan Ayam, Johor Bahru, Johor.

Cara Memohon Kursus -

  1. Turunkan Borang Permohonan Kursus dan isikan maklumat
  2. Kemukakan Borang kepada Pejabat Haiwan Daerah yang terdekat bersama sesalinan Kad Pengenalan
  3. Pejabat Haiwan Daerah akan memajukan permohonan kepada Institusi berkenaan satu (1) bulan sebelum tarikh kursus bermula
  4. Permohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui surat sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh kursus bermula

Related Posts with Thumbnails