Tuesday, October 18, 2011

Panduan mengunakan Emel Yahoo

Assalamualaikum w.w.

Semalam telah diadakan kursus penggunakan emel yahoo kepada kakitangan di Bilik Mesyuarat JPV Negeri. Peserta teleh didedahkan dengan konsep mudah menggunakan emel yahoo dan gmail. Walaupun fasilitis yang kurang memuaskan sebahagian peserta telah dapat menerima sedikit sebanyak maklumat yang boleh digunakan di tempat bertugas masing-masing.

Peserta didedahkan Panduan menggunakan emel yahoo dan gmail. Dalam tempoh yang singkat sahaja peserta mampu mengunakan emel untuk berinteraksi.

Diharapkan kursus pendek seperti ini akan terus diadakan.Selamat berjaya.

Monday, June 13, 2011

Hari Keluarga JPV Terengganu

Salam,

Huh....bukan main lama tidak update blog ni. Nak buat macam mana dah teramat sibuklah agaknya tu.

Oh ya.... Tahun ini sekali lagi dikhabarkan Hari Keluarga JPV Terengganu akan diadakan di Taman Pertanian Negeri, Sekayu. Jom...warga JPV seluroh negeri datanglah ramai-ramai memeriahkan hari yang penuh kemeriahan ini dengan membawa sekali semua ahli keluarga dan bersantai beramai-ramai di Hutan Lipur Sekayu iaitu antara tempat menarik di Negeri Terengganu.

Saya abadikan beberapa tempat menarik di kawasan perkelahan tersebut untuk tatapan tuan puan.


Wednesday, January 5, 2011

Bantuan Pawah Tahunan

Salam,

Dalam usaha mempastikan populasi ternakan dapat ditambah disamping mewujudkan penternak yang berjaya, JPV Hulu Terengganu telah memberi penekanan sesuai dengan misi jabatan yang ingin mewujudkan seberapa ramai usahawan ternak.

Kini Daerah ini telah pun wujud beberapa penternak yang berjaya dalam bidang ini dan telah mampu mendapat pendapatan lumayan. Siapa sangka rumput boleh dijadikan sumber pendapatan. Itulah realitinya. Dengan hanya menanam rumput napier, seorang penternak di sini telah mendapat pulangan ribuan ringgit.

Dengan hasrat ini, JPV Hulu Terengganu telah mengeluarkan bantuan dibawah Pelan Jaminan Makanan Untuk Ternakan Lembu dan Kambing serta Bantuan Ternakan Kambing dibawah Bantuan Micro dan Kaprima. Kesemua bantuan ternakan Pawah ini dijangka akan menjana pendapatan tambahan kepada penternak.

Insya Allah pada tahun ini, penternak yang memerlu sokongan akan terus dibantu.

Sekian.
Admin.

Selamat Tahun Baru

Salam,

Tahun 2010 pergi meninggalkan kita. Kini Tahun 2011 datang dengan membawa seribu pengharapan buat seluroh penternak. Sudah semestinya kedatangan tahun yang baru memberi kekuatan baru kepada semua warga penternak. JPV Hulu Terengganu juga turut sama dalam memberikan perkhidmatan kepada penternak bersedia memberikan iltizam yang sebaik mungkin khususnya kepada para penternak dai daerah ini.

Tahun 2010 juga telah menyemarakkan industri perusahaan walit bila mana pembinaan RBW begitu banyak tumbuh macam cendawan. Agrobank yang turut sama memberikan pinjaman kepada pengusaha walit telah memainkan peranan yang cukup besar dalam membangunkan industri ini. Segalanya telah dimanafaatkan sepenuhnya oleh pengusaha.

Diperingkat jabatan, galakan dan dorongan akan diterusnya supaya industri ini akan terus berkembang maju sesuai dengan lokasi di daerah ini yang menjadi tumpuan burung walit.

Sebagai coretan tahun baru, admin berharap ianya akan sedikit sebanyak memberi rangsangan tambahan kepada admin untuk terus mencoret dalam blog ini bagi tatapan semua.

Sekian,

Thursday, May 13, 2010

Seminar Potensi Penternakan Burung Walit

Assalamualaikum w.w.

Alhamdulillah. Satu seminar yang bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan Potensi Penternakan Burung Walit berjaya diadakan pada 13 Mei 2010 bertempat di Dewan Seminar, Perpustakaan Awam Hulu Terengganu yang di rasmikan oleh YB TUan Haji Mohd Nor bin Othman. Ahli panel seminar merupakan pengusaha yang telah berjaya membudidaya burung walit iaitu Encik Wan Mohd Nasir bin Wan Ariffin dan Ustaz Abd. Ghani bin Sulaiman. Turut memberikan tip-tip yang penting ialah Dr Azizol bin MOhd Sharom, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Para peserta terdiri dari Ahli Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Hulu Terengganu, JKKK terpilih serta orang persaorangan yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri burung walit ini.


YB Tuan Haji Mohd Nor bin Othman menampaikan ucapan perasmian.



Encik Wan Mohd Nasir bin Wan Ariffin membentangkan kertas kerja.


Ustaz Abd Ghani bin Sulaiman, ketika membentangkan kertas kerja.


Dr Azizol bin Mohd Sharom, sedang membentangkan kertas kerja.

Wednesday, March 24, 2010

Panduan Cepat Cara Menggunakan GPS Garmin eTrex

Berikut disediakan mini tutorial GPS iaitu sebuah panduan cara menggunakan GPS Garmin eTrex. Tutorial ini sebelumnya digunakan untuk sebagai latihan GPS. Saya posting disini, semoga bermanfaat untuk para pengguna GPS.



eTREX

1. UP/DOWN

· Digunakan untuk memilih menu dan pages

· Mengatur kontras pada satelite page

· Zoom in dan zoom out pada map page

· Melihat seluruh data perjalanan pada pointer page

2. ENTER

· Kemasukan data atau memilih menu

· Menampilkan menu pada halaman utama

· Tekan dan tahan ENTER untuk mengaktifkan menu mark waypoint

3. PAGE

Untuk kembali ke halaman sebelumnya, jika anda melakukan sesuatu dan tidak akan melanjutkan anda dapat berhenti dengan menekan PAGE.

4. POWER

· Menghidupkan dan mematikan GPS

· Menghidupkan dan mematikan lampu layar.

PEMASANGAN BATERI

eTrex menggunakan 2 bateri jenis AA, yang dipasang dibahagian belakang GPS. Untuk memasang bateri, buka penutup bateri dengan memutar kunci D pada bahagian belakang GPS seperempat putaran berlawanan arah jarum jam. Masukkan bateri mengikut kedudukan yang disediakan. Tutup kembali penutup bateri dengan memutar kunci D seperempat putaran searah jarum jam.

MEMILIH HALAMAN

Semua informasi yang diletakkan untuk menghidupkan eTrex dalam empat halaman utama (layar tampilan). Halaman-halaman ini antara lain satelit, peta, pointer, dan menu. Ketika dinyalakan tekan PAGE untuk memilih halaman-halaman tersebut.

LANGKAH PERTAMA

Sebelum memulakan penggunaan E Trex, perkara pertama harus anda buat ialah menentukan posisi anda terlebih adahulu. Untuk melakukan ini, bawalah eTrex anda keluar ke tempat terbuka yang cukup luas. Tekan dan tahan POWER untuk menghidupkan GPS, anda akan melihat halaman muka beberapa detik sebelum E Trex melakukan pengujian secara outomatik, diikuti dengan halaman satelit. E Trex memerlukan sekurang-kurangnya 3 signal satelit yang kuat untuk menentukan posisi anda.

Setelah anda melihat READY TO NAVIGATE pada halaman satelit, eTrex telah menemukan lokasi anda dan siap untuk digunakan.

LAMPU LAYAR DAN TINGKAT KEJELASAN GAMBAR

Untuk menyalakan lampu layar, tekan dan kemudian lepaskan POWER pada layar. Lampu layar sudah ditentukan untuk menyala selama 30 saat. Untuk menyesuaikan kejelasan gambar pada layar, tekan UP untuk membuat layar lebih gelap, dan tekan DOWN untuk membuat layar lebih terang.

MENENTUKAN WAYPOINT

Waypoint adalah lokasi dimana anda dapat menyimpan dalam memori sebagai arah untuk navigasi. Untuk menentukan waypoint

1. Tekan PAGE dan pilih halaman menu. Tekan UP atau DOWN dan pilih “MARK”.

2. Tekan ENTER. Halaman MARK WAYPOINT akan muncul dengan kata ‘OK?’. Tekan ENTER. Sekarang waypoint telah tersimpan dalam eTrex’s memori.

MASUK KE MENU WAYPOINT

eTrex membantu anda ke waypoint dengan menggunakan GOTO (GOTO ertinya GOing TO (menuju ke) satuh tujuan dalam arahan).

Untuk memulai GOTO:

1. Tekan PAGE dan pilih halaman MENU. Tekan UP atau DOWN dan pilih ‘WAYPOINT’. Tekan ENTER. Halaman waypoint akan muncul.

2. Tekan UP atau DOWN dan pilih tab yang berisi nama waypoint yang diinginkan dan tekan ENTER. Tekan UP atau DOWN untuk memilih nama waypoint yang diinginkan dan tekan ENTER. Halaman REVIEW WAYPOINT untuk melihat waypoint yang ada/muncul.

3. Tekan UP atau DOWN untuk memilih ‘GOTO’, dan tekan ENTER.

HALAMAN POINTER

Setelah anda memilih GOTO, eTrex akan menunjukkan halaman pointer (pointer page). Pointer (panah) akan menunjukkan anda arah ke waypoint tujuan anda. Jalan ke arah yang ditunjukkan panah hingga panah menunjuk ke arah atas dari kompas. Jika panah menunjuk ke arah kanan, berarti anda harus berjalan ke kanan. Jika panah menunjuk kea rah kiri, pergilah ke kiri. Jika panah telah menunjuk tepat ke atas pada kompas, berarti anda telah berada pada kedudukan yang betul!

MENYELESAIKAN GOTO

Menyelesaikan GOTO :

1. Tekan PAGE dan pilih halaman POINTER. Kemudian ENTER.

2. Pilih ‘STOP NAVIGATION’ dalam halaman OPTIONS dan tekan ENTER.

MEMBERSIHKAN TRACKLOG

Setelah anda menggunakan eTrex untuk beberapa kali, tampilan peta akan menjadi penuh kerana menyimpan trek/jalur yang telah anda lalui. Kerana itu anda perlu mengosongkan layar dengan memadamkan track log (barisan di sebelah kiri pada halaman peta)

1. Tekan PAGE dan pilih halaman MENU.

2. Tekan UP atau DOWN dan pilih ‘TRACKS’.

3. Tekan ENTER. Sekarang anda berada di halaman TRACK LOG. Gunakan UP dan pilih ‘CLEAR’. Tekan ENTER.

4. Gunakan DOWN dan pilih ‘yes’. Tekan ENTER. Tekan PAGE untuk memilih halaman.


Selamat Mencuba.

Thursday, February 25, 2010

Bancian Tahunan

Bancian Ternakan 2000 hingga 2009.

Thursday, January 28, 2010

Lawatan Pelajar UDM

Universiti DarulIman telah menjadikan projek ternakan di daerah ini sebagai projek contoh dengan menjadikanya sebagai tempat latihan dan pembelajaran kepada pelajar yang mengambil kos Sains Veterinar. Dengan diketuai oleh Dr Mohd Aziz Taib, Pensyarah Sains Veterinar, para pelajar didedahkan dengan pengurusan sebenar menternak lembu, Kambing, Bebiri, Ayam, Itik dan lain-lain ternakan.

Hari ini, Projek Mamat bin Ali di Felcra Bukit Kapah telah dilawati oleh seramai 24 orang pelajar UDM. Projek Intergrasi ternakan lembu dalam kelapa sawit ini yang antara projek berjaya di daerah ini sering kali dilawati oleh penternak dari dalam dan luar daerah. Di sini pelajar-pelajar diterangkan pengurusan ternakan lembu dalam kelapa sawit oleh pengusaha.





















Sunday, January 24, 2010

Kerajaan Negeri Fokos Industri Asas Tani

Dalam merancakkan industri Asas Tani, Kerajaan Negeri Terengganu telah merangka pelbagai usaha bagi meransang sektor pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industi Asas Tani Negeri, YB Haji Rozi Mamat menekankan betapa Indsutri Asas Tani merupakan satu sektor yang mampu bersaing bagi memacu ekonomi masyarakat. Beliau berkata demikian melalui Sinar Harian.

Tuesday, January 12, 2010

Perjumpaan Bersama YB Exco Pertanian dan Industri Asas Tani

Pagi tadi YB Tuan Haji Rozi Mamat, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani telah meluangkan masa hadir dan mendengar pemasalahan yang boleh dibantu di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Terengganu. Cik Munirah Abdul Rahman selaku Pegawai Perkhidmatan Veterinar Hulu Terengganu telah memaklumkan beberapa perancangan ang bakal dilaksanakan bagi membantu penternak serta mewujudkan usahawan-usahawan ternak.



Projek Lembah Kaprima Kg. Payang Kayu antara projek besar diperingkat daerah telah di jelaskan secara terperinci kepada Yang Berhormat. Projek ini dijangka menjadi 'Pilot Project' di peringkat jabatan akan merancakkan program ternakan kambing secara bersepadu.



Turut hadir dalam perjumpaan yang dihadiri oleh semua ketua unit JPV Hulu Terengganu ialah Encik Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan Pen. Setiausaha Kerajaan ( Bhg. Pertanian dan Indsutri Asas Tani ) dan Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman , Pen. Pengarah UPEN ( Bhg. Pertanian dan Industri Asas Tani ).

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Warga JPV Hulu Terengganu ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini serta kepada semua penternak di seluroh daerah ini. Sesungguhnya usaha gigih para penternak telah menjadikan hasilan ternakan menjadi kegemaran masyarakat.

Bermula dari daging ayam yang sering menjadi rungutan pengguna ekoran harga yang turun kekadang naiknya banyak kali, diikuti pula dengan harga daging lembu serta telor. Seperti yang sering di lontarkan oleh YB Menteri Pertanian bahawa Pertanian itu satu Perniagaan adalah satu azimat yang perlu di renung oleh semua penternak. Akhirnya diucapkan selamat maju jaya kepada penternak.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA JPV HULU TERENGGANU

Tuesday, July 21, 2009

Pengarah membuat Tinjauan Projek Walet di Hulu Terengganu


Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Azizol Mohd Sharum telah membuat tinjauan keatas projek burung walet di Hulu Terengganu dalam usaha jabatan membantu pengusaha-pengusaha burung walet di Negeri Terengganu. Beliau yang meletakkan penternakan burung walet sebagai tumpuan penting jabatan pada ketika ini begitu komited memperkenalkan perusahaan penternakan burung walet ini mampu mendapat pulangan lumayan.

Beliau berhasrat menjadikan Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri Jerangau sebagai lokasi jabatan bagi membangunkan sarang burung walet dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00. Sarang burung yang bakal didirikan ini akan dijadikan pusat latihan kepada bakal-bakal pengusaha yang inginkan pengetahuan secara praktikal.
























JPV Rangka Undang-Undang Ternak Walet


Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang merangka undang-undang berhubung perusahaan burung walet berikutan langkah kerajaan Terengganu untuk membantu pengusaha ternakan itu secara besar-besaran tidak lama lagi.

Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharum berkata draf undang-undang itu dijangka siap selewat-lewatnya Disember ini untuk diserahkan kepada kerajaan negeri.
"Kita perlu mengadakan undang-undang burung walet bagi memudahkan kerajaan mengawal selia industri ini yang sedang berkembang pesat di negeri ini," katanya di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Rozi Mamat berkata kerajaan Terengganu telah memberikan tanggungjawab kepada JPV untuk mengendalikan industri burung walet di negeri ini.

Mengulas lanjut, Dr Azizol berkata selain menyediakan draf undang-undang tersebut, JPV juga merancang memberikan pengetahuan kepada para petugasnya kerana industri burung walet merupakan satu perkara baru kepada agensi berkenaan.
Katanya JPV menyasarkan industri sarang burung walet di kalangan bumiputera di Terengganu akan meningkat kepada 10 peratus menjelang 2015 berbanding tiga peratus sekarang.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti beberapa daerah di Terengganu beropetensi untuk mengusahakan ternakan itu termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Daripada kajian yang dijalankan, katanya kebanyakan burung walet dari Indonesia berhijrah ke Terengganu setelah berlaku kebakaran hutan di negara berkenaan.

Dr Azizol berkata nilai industri burung walet di dunia sekarang mencecah RM60 bilion dan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam industri itu selepas Indonesia dan Thailand.



Monday, February 9, 2009

JPV Hulu Terengganu menerima Bos baharu


Selamat datang kepada bos baharu ke Daerah Hulu Terengganu Cik Munirah bte Abd Rahman. Mengalu-alukan beliau ialah beberapa projek yang menjadi kebanggaan ketika ini iaitu Projek Kaprima Bestari di Kg. Payang Kayu, Pembangunan ECER yang meliputi beberapa bahagian di daerah ini dan Pengembangan projek Fidlot disamping memastikan pengeluaran makanan berasaskan ternakan dapat ditingkatkan. SELAMAT BERTUGAS.

Wednesday, November 12, 2008

Program Pemeriksaan Kebuntingan dan Kesuburan


Program Pemeriksaan Kebuntingan( PD ) dan Fertiliti telah diadakan di Projek Fidlot Ismail Sungai Binjai pada 12 Nov. 2008. Disamping membuat pengesanan lembu-lembu bunting, program ini juga bertujuan memberi pendedahan dilapangan kepada bakal-bakal Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah. Lembu-lembu yang diperiksa terdiri dari lembu-lembu kacukan KK Limousine, Nelore dan LID sebanyak 31 ekor. Dari Jumlah itu sebanyak 15 ekor dikesan telah bunting.

Pegawai yang terlibat diketuai oleh Azleida Abdullah dibantu oleh Ramlee Che Awang, Nor Azida Nordin dan Yusof Ali. Manakala bakal Pegawai Perkhidmatan Veterinar pula ialah Saidatul Jamaliah A Bakar dan Munirah Abd Rahman.

Tuesday, July 1, 2008

Insentif Pengeluaran Ternakan

SOP untuk setiap komoditi adalah seperti berikut:

1. Lembu / Kambing Susu
2. Ayam / Itik / Puyuh Pedaging
3. Ayam / Itik / Puyuh Penelor
4. Ayam Kampung
5. Lembu Fidlot
6. Lembu / Kerbau Integrasi / Tradisional
7. Kambing / Bebiri
8. Babi

Tuntutan Insentif Pengeluaran Makanan boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Haiwan Terdekat.

Sunday, May 18, 2008

Sunday, May 11, 2008

Hari Keluarga


Sambutan hari keluarga JPH Negeri Terengganu berlangsung penuh meriah di Taman Pertanian Negeri Sekayu pada 10 Mei 2008. Lebih 500 ahli keluarga JPH seluroh negeri telah membanjiri Taman Pertanian Negeri bagi mengikuti pelbagai aktiviti yang diatur. Walaupun tanpa kehadiran Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri, suasana kekeluargaan dapat dijalin dengan penuh kemesraan. Antara acara yang mencuri tumpuan ialah baling air dalam plastik berpasangan. Kedamaian Taman Pertanian Negeri, Sekayu yang menjadi antara tarikan pelancong dalam negeri telah membawa kejayaan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan JPH Negeri Terengganu dalam menjalin hubungan kekeluargaan sesama kakitangan. Para peserta juga dapat menikmati perkelahan yang menyeronokkan dengan mandi manda di kolam yang disediakan.

Monday, April 28, 2008

Program CIDR dan Bleeding

Program CIDR dan Bleeding merupakan satu program bagi memastikan hasil ternakan yang diusahakan penternak mendapat pulangan yang baik. Dengan kaedah Pembiakan dan Pembakaan yang tersusun dan diselaras dengan usaha pencegahan penyakit Brucellosis dan Q Fever melalui mengambilan sampel darah memberikan penternak pendekatan menternak yang baik. Untuk tujuan itu pada 27 April lalu Program ini telah diadakan di Ladang Mamat bin Ali Felcra Bukit Kapah. Program ini dibantu oleh Unit Kesihatan serta Pembiakan dan Pembakaan Ibu Pejabat Kuala Terengganu.

Wednesday, April 9, 2008

Program Bicara Tani

Penternak, Petani dan Peladang yang berminat bagi mengembangkan perusahaan masing-masing digalakkan hadir ke program ini yang akan diadakan pada :

Tarikh : 20 April 2008
Masa : 9.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
Related Posts with Thumbnails