Sunday, January 24, 2010

Kerajaan Negeri Fokos Industri Asas Tani

Dalam merancakkan industri Asas Tani, Kerajaan Negeri Terengganu telah merangka pelbagai usaha bagi meransang sektor pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industi Asas Tani Negeri, YB Haji Rozi Mamat menekankan betapa Indsutri Asas Tani merupakan satu sektor yang mampu bersaing bagi memacu ekonomi masyarakat. Beliau berkata demikian melalui Sinar Harian.

Tuesday, January 12, 2010

Perjumpaan Bersama YB Exco Pertanian dan Industri Asas Tani

Pagi tadi YB Tuan Haji Rozi Mamat, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani telah meluangkan masa hadir dan mendengar pemasalahan yang boleh dibantu di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Terengganu. Cik Munirah Abdul Rahman selaku Pegawai Perkhidmatan Veterinar Hulu Terengganu telah memaklumkan beberapa perancangan ang bakal dilaksanakan bagi membantu penternak serta mewujudkan usahawan-usahawan ternak.



Projek Lembah Kaprima Kg. Payang Kayu antara projek besar diperingkat daerah telah di jelaskan secara terperinci kepada Yang Berhormat. Projek ini dijangka menjadi 'Pilot Project' di peringkat jabatan akan merancakkan program ternakan kambing secara bersepadu.



Turut hadir dalam perjumpaan yang dihadiri oleh semua ketua unit JPV Hulu Terengganu ialah Encik Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan Pen. Setiausaha Kerajaan ( Bhg. Pertanian dan Indsutri Asas Tani ) dan Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman , Pen. Pengarah UPEN ( Bhg. Pertanian dan Industri Asas Tani ).

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Warga JPV Hulu Terengganu ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini serta kepada semua penternak di seluroh daerah ini. Sesungguhnya usaha gigih para penternak telah menjadikan hasilan ternakan menjadi kegemaran masyarakat.

Bermula dari daging ayam yang sering menjadi rungutan pengguna ekoran harga yang turun kekadang naiknya banyak kali, diikuti pula dengan harga daging lembu serta telor. Seperti yang sering di lontarkan oleh YB Menteri Pertanian bahawa Pertanian itu satu Perniagaan adalah satu azimat yang perlu di renung oleh semua penternak. Akhirnya diucapkan selamat maju jaya kepada penternak.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA JPV HULU TERENGGANU

Tuesday, July 21, 2009

Pengarah membuat Tinjauan Projek Walet di Hulu Terengganu


Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Azizol Mohd Sharum telah membuat tinjauan keatas projek burung walet di Hulu Terengganu dalam usaha jabatan membantu pengusaha-pengusaha burung walet di Negeri Terengganu. Beliau yang meletakkan penternakan burung walet sebagai tumpuan penting jabatan pada ketika ini begitu komited memperkenalkan perusahaan penternakan burung walet ini mampu mendapat pulangan lumayan.

Beliau berhasrat menjadikan Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri Jerangau sebagai lokasi jabatan bagi membangunkan sarang burung walet dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00. Sarang burung yang bakal didirikan ini akan dijadikan pusat latihan kepada bakal-bakal pengusaha yang inginkan pengetahuan secara praktikal.
























JPV Rangka Undang-Undang Ternak Walet


Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang merangka undang-undang berhubung perusahaan burung walet berikutan langkah kerajaan Terengganu untuk membantu pengusaha ternakan itu secara besar-besaran tidak lama lagi.

Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharum berkata draf undang-undang itu dijangka siap selewat-lewatnya Disember ini untuk diserahkan kepada kerajaan negeri.
"Kita perlu mengadakan undang-undang burung walet bagi memudahkan kerajaan mengawal selia industri ini yang sedang berkembang pesat di negeri ini," katanya di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Rozi Mamat berkata kerajaan Terengganu telah memberikan tanggungjawab kepada JPV untuk mengendalikan industri burung walet di negeri ini.

Mengulas lanjut, Dr Azizol berkata selain menyediakan draf undang-undang tersebut, JPV juga merancang memberikan pengetahuan kepada para petugasnya kerana industri burung walet merupakan satu perkara baru kepada agensi berkenaan.
Katanya JPV menyasarkan industri sarang burung walet di kalangan bumiputera di Terengganu akan meningkat kepada 10 peratus menjelang 2015 berbanding tiga peratus sekarang.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti beberapa daerah di Terengganu beropetensi untuk mengusahakan ternakan itu termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Daripada kajian yang dijalankan, katanya kebanyakan burung walet dari Indonesia berhijrah ke Terengganu setelah berlaku kebakaran hutan di negara berkenaan.

Dr Azizol berkata nilai industri burung walet di dunia sekarang mencecah RM60 bilion dan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam industri itu selepas Indonesia dan Thailand.



Related Posts with Thumbnails