Tuesday, July 21, 2009

Pengarah membuat Tinjauan Projek Walet di Hulu Terengganu


Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Azizol Mohd Sharum telah membuat tinjauan keatas projek burung walet di Hulu Terengganu dalam usaha jabatan membantu pengusaha-pengusaha burung walet di Negeri Terengganu. Beliau yang meletakkan penternakan burung walet sebagai tumpuan penting jabatan pada ketika ini begitu komited memperkenalkan perusahaan penternakan burung walet ini mampu mendapat pulangan lumayan.

Beliau berhasrat menjadikan Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri Jerangau sebagai lokasi jabatan bagi membangunkan sarang burung walet dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00. Sarang burung yang bakal didirikan ini akan dijadikan pusat latihan kepada bakal-bakal pengusaha yang inginkan pengetahuan secara praktikal.
























JPV Rangka Undang-Undang Ternak Walet


Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang merangka undang-undang berhubung perusahaan burung walet berikutan langkah kerajaan Terengganu untuk membantu pengusaha ternakan itu secara besar-besaran tidak lama lagi.

Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharum berkata draf undang-undang itu dijangka siap selewat-lewatnya Disember ini untuk diserahkan kepada kerajaan negeri.
"Kita perlu mengadakan undang-undang burung walet bagi memudahkan kerajaan mengawal selia industri ini yang sedang berkembang pesat di negeri ini," katanya di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Rozi Mamat berkata kerajaan Terengganu telah memberikan tanggungjawab kepada JPV untuk mengendalikan industri burung walet di negeri ini.

Mengulas lanjut, Dr Azizol berkata selain menyediakan draf undang-undang tersebut, JPV juga merancang memberikan pengetahuan kepada para petugasnya kerana industri burung walet merupakan satu perkara baru kepada agensi berkenaan.
Katanya JPV menyasarkan industri sarang burung walet di kalangan bumiputera di Terengganu akan meningkat kepada 10 peratus menjelang 2015 berbanding tiga peratus sekarang.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti beberapa daerah di Terengganu beropetensi untuk mengusahakan ternakan itu termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Daripada kajian yang dijalankan, katanya kebanyakan burung walet dari Indonesia berhijrah ke Terengganu setelah berlaku kebakaran hutan di negara berkenaan.

Dr Azizol berkata nilai industri burung walet di dunia sekarang mencecah RM60 bilion dan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam industri itu selepas Indonesia dan Thailand.



Monday, February 9, 2009

JPV Hulu Terengganu menerima Bos baharu


Selamat datang kepada bos baharu ke Daerah Hulu Terengganu Cik Munirah bte Abd Rahman. Mengalu-alukan beliau ialah beberapa projek yang menjadi kebanggaan ketika ini iaitu Projek Kaprima Bestari di Kg. Payang Kayu, Pembangunan ECER yang meliputi beberapa bahagian di daerah ini dan Pengembangan projek Fidlot disamping memastikan pengeluaran makanan berasaskan ternakan dapat ditingkatkan. SELAMAT BERTUGAS.

Wednesday, November 12, 2008

Program Pemeriksaan Kebuntingan dan Kesuburan


Program Pemeriksaan Kebuntingan( PD ) dan Fertiliti telah diadakan di Projek Fidlot Ismail Sungai Binjai pada 12 Nov. 2008. Disamping membuat pengesanan lembu-lembu bunting, program ini juga bertujuan memberi pendedahan dilapangan kepada bakal-bakal Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah. Lembu-lembu yang diperiksa terdiri dari lembu-lembu kacukan KK Limousine, Nelore dan LID sebanyak 31 ekor. Dari Jumlah itu sebanyak 15 ekor dikesan telah bunting.

Pegawai yang terlibat diketuai oleh Azleida Abdullah dibantu oleh Ramlee Che Awang, Nor Azida Nordin dan Yusof Ali. Manakala bakal Pegawai Perkhidmatan Veterinar pula ialah Saidatul Jamaliah A Bakar dan Munirah Abd Rahman.

Tuesday, July 1, 2008

Insentif Pengeluaran Ternakan

SOP untuk setiap komoditi adalah seperti berikut:

1. Lembu / Kambing Susu
2. Ayam / Itik / Puyuh Pedaging
3. Ayam / Itik / Puyuh Penelor
4. Ayam Kampung
5. Lembu Fidlot
6. Lembu / Kerbau Integrasi / Tradisional
7. Kambing / Bebiri
8. Babi

Tuntutan Insentif Pengeluaran Makanan boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Haiwan Terdekat.
Related Posts with Thumbnails